Anda di sini

Mati dilanggar, digilis

Advertisement
 Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Serian.
LANGGAR LARI: Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Serian.

SIMUNJAN: Nasib seorang pejalan kaki mungkin berbeza sekiranya pemandu yang melanggarnya di Jalan Gedong-Simunjan, di sini tidak melarikan diri sebaliknya mengejarkannya ke klinik berdekatan semalam.

Bagaimanapun, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu menyebabkan lelaki terbabit yang parah di kepala disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Serian.

Difahamkan, mangsa yang belum diketahui identitinya itu ditemui penduduk berdekatan dalam keadaan berlumuran darah iaitu sekitar jam 7 pagi.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas jalan raya dan ketika itu dia masih hidup dan berlumuran darah.

“Orang awam yang menjumpai mangsa kemudian segera menghubungi polis dan  pihak ambulans.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serian,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian dimohon memberi kerjasama kepada pihak polis.

 Mangsa yang dikatakan terjatuh dari atas traktor disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
MAUT: Mangsa yang dikatakan terjatuh dari atas traktor disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang lelaki warga Indonesia terbunuh akibat digilis traktor di sebuah ladang sawit di Jalan Tanjung Assam, Betong semalam.

Menurut Bingkok, mangsa dikenali sebagai Lalu Nasriadi berusia 35 tahun semasa kejadian sedang bekerja apabila dikatakan terjatuh dari atas traktor iaitu sekitar jam 11.30 pagi.

“Mangsa terjatuh semasa perjalanan membawa buah sawit untuk diproses menyebabkan rakannya yang memandu traktor tersebut tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement