Anda di sini

Bandoru Store sasar jualan RM2.4 juta pada 2017

Advertisement

KUALA LUMPUR: Bandoru Store, butik ‘preloved’ pakaian dan aksesori untuk lelaki, wanita dan kanakkanak yang terletak di Shah Alam, Selangor, menyasarkan peningkatan jualan produk kepada RM2.4 juta pada 2017 daripada RM1.5 juta yang dicapai setakat ini.

Pengasasnya, Mohd Wafi Mohd Shaari berkata, sasaran jualan pada tahun ini mampu dicapai berdasarkan maklum balas pelanggan tetap yang menggemari fesyen dan keunikan barang preloved butik berkenaan yang kesemuanya didatangkan dari Jepun.

 “Maklum balas yang diterima menunjukkan pelanggan kami sangat berpuas hati dengan konsep, kualiti dan kemudahan yang disediakan di butik kami ini, ia berbeza daripada kebiasaan dan ada pelanggan yang menyangka Bandoru Store adalah butik menjual pakaian baharu,” katanya kepada Bernama.

 Beliau berkata, sasaran itu juga selaras dengan perancangannya untuk membuka empat lagi cawangan, masing- masing di Johor, Kedah, Sabah dan Kuala Lumpur.

 Mohd Wafi berkata, Bandoru Store juga berhasrat mengembangkan perniagaan ke pasaran global kerana produk preloved dan terpakai dari negara matahari terbit itu bersifat universal dan diterima semua golongan.

 “Cuma kami perlu memastikan penjenamaan yang kukuh supaya memudahkan pe rni aga an be rkons e p preloved ini dikenali dan dipercayai secara keseluruhan,” katanya.

 Bandoru sentiasa peka terhdap aliran fesyen terkini dan kegemaran rakyat Malaysia yang sering berubah dari semasa ke semasa oleh itu, pihaknya sentiasa memastikan strategi pemasaran berjaya, katanya.

 “Bandoru Store yang ditubuhkan tujuh bulan lepas, kini mempergiatkan pemasaran pada musim perayaan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk kami berinteraksi dengan pelanggan atau bakal pelanggan kami,” kata anak kelahiran Perak itu.

 Mohd Wafi berkata, idea untuk membuka kedai jualan itu tercetus kerana ingin merevolusikan industri preloved dengan nafas baharu dan menampilkan sesuatu yang berbeza daripada konsep kedai pakaian terpakai sedia ada di negara ini.

 Pada permulaannya, beliau agak gusar dengan konsep yang ingin diterokainya, namun apabila melihat barangan preloved dan pakaian terpakai itu mempunyai ‘aura’ dan peminat tersendiri, beliau yakin untuk meneruskan hasrat itu.

Butik preloved tersebut mempunyai sumber untuk mendapatkan stok yang banyak, baik dan berkualiti dari Jepun, kata Mohd Wafi sambil menambah beliau turut memperkenalkan beberapa jenis jualan sempena musim perayaan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

 “Antara jenis jualan yang diketengahkan ialah jualan ‘White Day’ iaitu hari kami melakukan ‘major restock’ di butik, dan jualan ‘Red Week’ iaitu minggu kami mengadakan ‘clearance’ ke atas produk dan menjualnya pada harga runtuh,” jelasnya. — Bernama

Advertisement