Anda di sini

Terpaksa lupakan Aidilfitri

Advertisement
 Ahli PBS berusaha memadamkan api yang meranapkan rumah berkenaan.
PUNAH IMPIAN: Ahli PBS berusaha memadamkan api yang meranapkan rumah berkenaan.
 Keadaan rumah kayu separuh kekal dua tingkat yang musnah dalam kebakaran.
RANAP: Keadaan rumah kayu separuh kekal dua tingkat yang musnah dalam kebakaran.

  Keceriaan sebuah keluarga sambut Aidilfitri terkubur, rumah ranap dalam kebakaran.

MIRI: Keceriaan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri terkubur setelah rumah mereka ranap sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Tanjung Belipat, Niah, pagi semalam.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu dua tingkat ini berlaku kira-kira jam 9 pagi.

Tiada mangsa dilapor cedera dalam kejadian berkenaan berikutan penghuni rumah tersebut tidak berada di rumah ketika itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batu Niah terdiri daripada enam ahli diketuai William Thien dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada penduduk kampung pada jam 9.14 pagi.

Sejurus tiba di lokasi, anggota PBS terus melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos 800 kaki, satu ‘control breaching’ dua nozel menggunakan air pili bomba dan pam angkut.

Tindakan pantas anggota PBS telah berjaya mengawal api yang memusnahkan 100 peratus rumah tersebut kira-kira jam 9.50 pagi dan operasi berakhir sepenuhnya jam 10.10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut Law, rumah kayu separuh kekal ini hanya didiami sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga orang.

Berikutan kemusnahan rumah tersebut, penghuni telah mengalami kerugian dalam anggaran RM150,000.

Jelas Law, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

  • oleh
  • Advertisement