Anda di sini

Budak maut kena ledakan mercun

Advertisement
 Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching melawat tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
SIASAT: Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching melawat tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kelihatan anggota paramedik sedang memeriksa keadaan mayat mangsa di tempat kejadian.
Kelihatan anggota paramedik sedang memeriksa keadaan mayat mangsa di tempat kejadian.
 

KUCHING: Seorang kanak-kanak terbunuh dengan kecederaan parah di kepala akibat terkena ledakan mercun dalam satu insiden di Kampung Bintawa Hilir, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa iaitu Haiqal Hakim Zolpaka berusia 12 tahun semasa kejadian dikatakan bermain seorang diri di luar rumah mereka iaitu sekitar jam 12.15 pagi.

"Pada jam 12.15, bapa mangsa memberitahu dia sedang berkemas di dalam rumah dan terdengar bunyi letupan di luar rumah.

"Lantas dia terus ke luar rumah dan terlihat anaknya (mangsa) dalam keadaan terbaring dan tidak lagi bernyawa dengan kesan kecederaan parah di kepala," katanya ketika mengesahkan kejadian tersebut.

Mayat mangsa yang merupakan pelajar Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Matu Baru telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar semasa dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat dari pelbagai sudut," katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan.)

  • oleh
  • Advertisement