Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah guna dadah berbahaya

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,500 atau tiga bulan pen-jara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan menggu-nakan dadah berbahaya jenis Amphetamine, Metham-phetamine dan Ketamine.

Mahkamah turut memer-intahkan tertuduh men-jalani pengawasan oleh pihak berkuasa selama tempoh dua tahun.

Voon Thian Siong, 30, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, ter-tuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun serta dikehendaki menjalani pengawasan serta-merta selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati ada menggunakan dadah ber-bahaya jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Keta-mine yang terkandung di dalam Jadual Pertama Ba-hagian III ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasu-kkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.55 malam, 17 Januari 2012 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md Hilmie, manakala tertuduh tidak diwakili.

Advertisement