Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah ceroboh masuk bilik guru

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki di-denda RM2,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menceroboh masuk ke bilik guru.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah Muhd Sadik Abu Bakar mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan ter-hadapnya mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 448 kanun sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan pencerobohan dengan menceroboh masuk ke dalam bilik guru se-buah kolej di sini tanpa kebenaran sah dari pihak pengurusan.

Muhd Sadik, 28, dari Piasau Jaya Fasa 1 didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 14 Jun lalu di sebuah kolej di Lorong 10, Jalan Jee Foh di sini.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majis-tret pagi semalam terhadap tuduhan mencuri dua ikat besi kepunyaan seorang kon-traktor.

Shim Chee Leong, 41, dari Desa Senadin di sini telah dituduh mencuri dua ikat besi sepanjang enam meter dan berharga RM2,800 kepunyaan Ngieng Hok Ding.

Dia didakwa melakukan ke-salahan dengan niat bersama dua yang masih bebas pada jam 4.50 petang, 20 Jun lalu di sebuah tapak pembinaan rumah di Jalan Hablor, Lu-tong.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Sek-syen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, ter-tuduh boleh dikenakan huku-man penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Setelah mendengar pen-gakuan tidak salah ter-tuduh, mahkamah kemu-dian menetapkan 19 Julai depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh diben-arkan dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua pen-jamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement