Anda di sini

Tiada kemalangan maut di Miri sejak pelancaran Ops Selamat

Advertisement

MIRI: Tiada laporan kemalangan maut dilaporkan di Miri setakat ini sejak pelancaran Ops Selamat 2017 yang bermula dari 18 Jun lalu dan tamat 2 Julai ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah menasihat pengguna jalan raya sentiasa berhemah dan mementingkan keselamatan ketika memandu di jalan raya terutama menjelang sambutan perayaan hari raya.

Kita bersyukur kerana belum lagi menerima laporan mana-mana kemalangan yang melibatkan kehilangan jiwa semenjak Ops dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Beliau menasihat orang awam yang balik kampung menyambut hari raya supaya memastikan pemeriksaan kenderaan masing-masing agar berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Ops Selamat 2017 dilancarkan serentak di seluruh Malaysia merupakan usaha polis mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan pecah rumah.

Lim menggesa kepada mereka yang akan meninggalkan rumah sama ada balik untuk beraya di kampung atau bercuti agar memaklumkan kepada jiran-jiran supaya memerhati rumah anda agar dapat mengelakkan sebarang kes pecah rumah.

Sila maklumkan kepada balai polis berhampiran agar polis dapat melakukan rondaan di sekitar rumah anda sepanjang ketidakberadaan anda di rumah,” katanya.

Advertisement