Anda di sini

Protes antibulu binatang ganggu acara Kors di New York

Advertisement
 Aktivis antibulu binatang menyerbu pentas ketika Kors (duduk kiri) sedang ditemu bual oleh Cho (duduk kanan) pada acara di Muzium Kesenian Metropolitan di New York, kelmarin. — Gambar AFP
RIUH: Aktivis antibulu binatang menyerbu pentas ketika Kors (duduk kiri) sedang ditemu bual oleh Cho (duduk kanan) pada acara di Muzium Kesenian Metropolitan di New York, kelmarin. — Gambar AFP

NEW YORK: Aktivis anti-bulu binatang menyerbu pentas bersama Michael Kors di New York kelmarin, mengganggu seketika satu acara bertiket di mana tai-kun fesyen Amerika Syarikat itu bercakap mengenai kariernya, pakaian Melania Trump, dan penutupan kedai.

Michael Kors ada tangan pada tangannya,” laung lebih 12 penunjuk perasaan yang berarak dalam auditorium gelap di Muzium Kesenian Metropolitan, sejurus sebelum pengawal keselamatan mengiringi Kors keluar.

Satu rakaman audio bagi seekor haiwan yang menjerit, dipercayai dalam kesakitan, menandakan permulaan protes selama empat minit itu kira-kira 13 minit selepas perbualan dengan Kors bermula, yang sedang distrim dalam Facebook.

Bulu binatang bukan mengikut fesyen”, “bulu binatang bukan belas kasihan”, laung penunjuk pera-saan terbabit, yang mana sekurang-kurangnya dua melompat ke atas pentas.

Semua anda patut malu kerana menyokong industri ini,” jerit seorang lelaki manakala hadirin yang terkejut duduk dan kelihatan bingung manakala kakitangan muzium berusaha sedaya upaya untuk mengiringi penunjuk perasaan keluar secepat mungkin.

Jangan tinggalkan tempat duduk anda. Kami akan cuba menyelesaikan perkara ini,” kata pengumuman menerusi pembesar suara, yang di-sambut dengan sorakan dan tepukan.

Selepas protes berakhir, Kors menerima sambutan gemuruh setelah dia kembali ke atas pentas bersama bekas wartawan CNN Alina Cho, yang mengendalikan wawancara.

Anda tahu tak, pertunjukan diteruskan,” kata Kors.

Dikenali kerana fesyennya yang santai, mewah, dapat dipakai dan pada asasnya bercirikan Amerika, Kors memulakan labelnya pada 1981 dan pernah menyedia-kan pakaian untuk aktres Hollywood, superstar muzik dan wanita pertama.

Di antara mereka adalah Melania Trump, yang memakai gaun khas Michael Kors untuk menyambut presiden dan wanita pertama Panama pada Isnin lepas.

Sementara beberapa pereka terkemuka enggan me-nyediakan pakaian untuknya kerana menentang politik suaminya, Kors berkata bekas model kelahiran Slo-venia itu pernah menghadiri pertunjukan fesyennya pada masa lalu.

Saya tidak fikir ia adalah satu perkara politik,” kata-nya. “Beliau sudah lama menjadi pelanggan saya.”

Beliau kelihatan hebat,” katanya apabila gambar Me-lania muncul pada skrin.

Namun sementara Kors duduk di puncak empayar pakaian dan beg tangan global, syarikat itu menyatakan ia akan menutup 100 hingga 125 kedai, untuk menyertai senarai peruncit yang semakin banyak menutup kedai kon-krit selepas e-dagang semakin menerima sambutan dalam pasaran. — AFP

Advertisement