Anda di sini

Nelayan terselamat bot terbalik dilanda ombak

Advertisement
 Keluarga mangsa gembira berjumpa dengan mangsa di Hospital Kudat.
SYUKUR: Keluarga mangsa gembira berjumpa dengan mangsa di Hospital Kudat.

KUDAT: Seorang nelayan lelaki terselamat selepas bot yang dinaiki dilanda ombak dan angin kuat sebelum terbalik di perairan Kudat, pagi Selasa lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Som berkata mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke bot pukat jerut di perairan Bak-Bak, di sini.

Maklumat awal kejadian mendapati mangsa berumur 46 tahun dalam perjalanan balik ke Kampung Muhibbah di sini selepas selesai memancing ikan di laut.

Semasa dalam perjalanan kira-kira jam 11 pagi, bot yang dinaiki mangsa dilanda ombak serta angin kuat sebelum terbalik di perairan Kudat sebelum kejadian berkenaan dilaporkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Zubil berkata pihaknya kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan sebuah kapal maritim dan dua bot laju dengan dibantu tiga aset daripada Pasukan Polis Marin.

Kira-kira jam 3.30 petang kemudian, kita mendapat maklumat berkenaan mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke sebuah bot pukat jerut berdekatan perairan Bak-Bak.

Mangsa yang berada dalam keadaan keletihan bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan semasa kejadian dan berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan jaket itu,” katanya.

Menurutnya KM Ikhlas kemudiannya mengambil mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan dan bot mangsa turut ditunda ke Jeti Kudat untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement