Anda di sini

Lelaki maut jatuh dari aras lima pusat beli-belah

Advertisement
 Anggota polis memeriksa keadaan mayat mangsa sementara siasatan lanjut dijalankan.
SIASAT: Anggota polis memeriksa keadaan mayat mangsa sementara siasatan lanjut dijalankan.

KUCHING: Seorang lelaki terbunuh selepas dipercayai terjatuh dari aras lima tempat letak kereta sebuah bangunan pusat beli-belah di Jalan Wan Alwi di sini sekitar jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi memberitahu mangsa iaitu Awangku Mutalib Abang Nusi berusia 24 tahun berasal dari Kampung Tabuan Lot disahkan meninggal dunia akibat patah di bahagian pinggang.

Siasatan mendapati mangsa terjatuh dari aras lima tempat letak kereta dan dia telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami patah di bahagian pinggang serta tangan dan kaki.

Tiada unsur-unsur jenayah dikesan setakat ini (semalam) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Advertisement