Anda di sini

Lelaki ditangkap cuba seludup orang utan, kura-kura, rakun

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Pemuliharaan Tanaman dan Hidupan Liar, Taman Negara Thailand menunjukkan dua anak orang utan yang dirampas di pintu masuk Imigresen Padang Besar di Songkhla kelmarin. — Gambar AFP
HAUS: Gambar serahan Jabatan Pemuliharaan Tanaman dan Hidupan Liar, Taman Negara Thailand menunjukkan dua anak orang utan yang dirampas di pintu masuk Imigresen Padang Besar di Songkhla kelmarin. — Gambar AFP
 Pegawai Thailand menunjukkan seekor kura-kura           yang dirampas daripada seorang rakyat Malaysia di pintu masuk Imigresen Padang Besar di Songkhla kelmarin. — Gambar Bernama
RAMPAS: Pegawai Thailand menunjukkan seekor kura-kura yang dirampas daripada seorang rakyat Malaysia di pintu masuk Imigresen Padang Besar di Songkhla kelmarin. — Gambar Bernama

BANGKOK: Pegawai perhilitan Thai menangkap seorang lelaki Malaysia yang cuba menyeludup dua anak orang utan, 51 kura-kura dan enam rakun ke dalam Thailand dengan menyeberangi sempadan selatan negara itu, kata pegawai semalam.

Haiwan tersebut disimpan di dalam beg pakaian dan kotak plastik yang dimasuk-kan ke dalam kereta Ismail Ahmad, kata pegawai.

Lelaki berusia 63 tahun itu dihentikan kelmarin ketika dia cuba memandu menerusi sebuah pos pemeriksaan sempadan di wilayah Songkhla, selatan Thailand – sebahagian daripada wilayah yang meng-alami pemberontakan dan dikenali sebagai corong bagi dadah, senjata dan barang seludup lain.

Suspek berkata dia diupah untuk mengangkut haiwan tersebut dari negeri (jiran) Perlis di Malaysia ke Hat Yai (di Thailand) dengan bayaran 1,000 baht (RM150),” kata seorang pegawai perhilitan yang menjaga pos pemeriksaan tersebut, Prach Kongthong, kepada AFP.

Anak orang utan berkenaan berusia tidak sampai enam bulan dan akan dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan tempatan, tambahnya.

Orang utan hanya didapati di pulau-pulau Borneo dan Sumatra tetapi ia sering di-seludup menerusi tanah besar Asia Tenggara, sama ada untuk zoo peribadi atau sebagai haiwan ternakan.

Kebanyakan daripada 51 reptilia yang diselamatkan adalah kura-kura ‘bintang India’ – spesies terancam dari Asia Selatan yang diidam-idamkan kerana tempurungnya yang bercorak bintang.

Thailand sudah lama dijadikan hab transit bagi produk hidupan liar untuk pasaran besar seperti Vietnam dan China, di mana bahagian haiwan eksotik sering digunakan dalam perubatan tempatan. — AFP

Advertisement