Anda di sini

Kehakiman Malaysia dukung kedaulatan undang-undang

Advertisement

Sistem penyampaian keadilan perlu pada tahap maksimum

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  Badan Kehakiman Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada Kedaulatan Undang-Undang, yang berteraskan kepada konsep Pengasingan Kuasa.

Beliau berkata badan kehakiman negara juga bebas dan cekap selain mendukung undang-undang yang jelas dan stabil serta memberi perlindungan kepada rakyat.

Berucap merasmikan Mah-kamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pertama di Malaysia di Istana Kehakiman semalam, Najib berkata sistem penyampaian keadilan perlu sentiasa berada pada tahap yang maksimum, cekap lagi berkesan.

Justeru itu, beliau me-nyarankan badan kehakiman dapat meletakkan sasaran untuk menyelesai dan melupuskan kes-kes yang didaftarkan di mahkamah dalam masa yang singkat.

Antara langkahnya, dengan menjadikan sistem peng-komputeran mahkamah sebagai satu agenda transformasi utama bagi memberikan impak dan manfaat kepada semua pelanggan mahkamah,” kata beliau.

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Bangunan Annexe Istana Kehakiman di sini akan mengendalikan prosiding jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. — Bernama

Advertisement