Anda di sini

Beraya di lokap

Advertisement

Empat remaja direman hingga 25 Jun selepas disyaki terlibat kes sembur kereta dengan cat di Daro.

 Dua daripada suspek kes vandalisme ketika ditahan polis. — Gambar sumber media sosial
TERIMA PADAH: Dua daripada suspek kes vandalisme ketika ditahan polis. — Gambar sumber media sosial

MUKAH: Empat remaja bakal beraya di lokap selepas disyaki terlibat dalam kes vandalisme menyembur cat ke atas lapan kereta dan beberapa premis di pekan Daro, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Neil Baginda, mereka yang ditahan adalah empat remaja lelaki berumur 15 hingga 17 tahun dengan dua daripada mereka masih belajar di sekolah menengah.

Mereka telah ditahan semalam (20 Jun 2017) sementara tempoh tahanan reman adalah sehingga 25 Jun 2017,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Keempat-empat remaja terbabit ditangkap dan ditahan oleh pihak polis di Kampung Masjid Lama, Daro.

Kes berkenaan yang dilaporkan kepada pihak polis pada 4 Jun lalu itu berlaku sekitar jam dua hingga lima pagi di Pasar Baharu Daro.

Keempat-empat suspek kini ditahan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement