Anda di sini

Mati dalam pergaduhan

Advertisement

Sembilan termasuk lima pelajar ditahan bantu siasatan kes bunuh.

 Sembilan suspek kes bunuh ditahan reman bagi membantu siasatan.
DITANGKAP: Sembilan suspek kes bunuh ditahan reman bagi membantu siasatan.

MIRI: Sembilan remaja lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan reman semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemui mati di Senadin dekat sini, malam kelmarin.

Semua suspek berjaya ditangkap malam kelmarin di kawasan perumahan Senadin sejurus penemuan mayat lelaki terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit berkata, lima daripadanya pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini dan empat lagi merupakan rakan dari luar.

Siasatan awal mendapati punca kematian adalah kerana pergaduhan dua pelajar sebuah sekolah di sini tengah hari kelmarin.

Salah seorang pelajar sekolah tersebut mendapatkan bantuan rakan luar iaitu si mati dan mengadakan pertemuan dengan satu lagi kumpulan di sebuah kawasan rekreasi di Senadin malam kelmarin.

Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa kumpulan tersebut, tiba-tiba si mati dan rakannya yang lain diserang oleh beberapa orang menggunakan objek tajam,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pusat Miri, semalam.

Stanley berkata polis kini masih lagi mengesan saki-baki suspek dipercayai turut terlibat dalam kes terbabit.

Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat satu kesan tikaman di sebelah kanan belakang badan, satu kesan tetakan pada jari kiri dan cedera pada bahagian atas kepala kiri disyaki dipukul dengan objek tajam.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian pembunuhan malam kelmarin, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang bekerja sebagai mekanik ditemui mati terbaring di hadapan sebuah rumah di Lorong 2C/3, Desa Senadin Fasa 2.

Mangsa dikenali sebagai Fadrick Lucas dari Sungai Lutong, Bakong dijumpai orang awam pada kira-kira jam 11.45 malam dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar panjang dan berkasut.

 Keadaan mangsa yang ditemui mati terbaring di hadapan sebuah rumah di Senadin.
MATI: Keadaan mangsa yang ditemui mati terbaring di hadapan sebuah rumah di Senadin.
  • oleh
  • Advertisement