Anda di sini

SSC optimis capai visi Sarawak

Advertisement
ONG
ONG

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak ( S S C ) optimis mencapai visi negeri ini untuk menjadi salah satu kuasa besar sukan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Dr Ong Kong Swee berkata ini berikutan kejayaan demi kejayaan diraih atletatlet Sarawak dalam sukan di peringk a t nasional mahupun antarabangsa.

Beliau turut merujuk kepada kejayaan perenang kebangsaan, Welson Sim yang memenangi pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas pada kejohanan dunia di Monaco.

Katanya, ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan terutamanya melibatkan atlet kelahiran Sarawak.

“Kami bangga dan gembira untuknya (Welson) kerana beliau benar-benar berprestasi terbaik.

Malah, ini menunjukkan bahawa Sarawak boleh mencapai kejayaan dalam mana-mana sukan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menyifatkan visi Sarawak sebagai kuasa besar sukan di negara ini semakin menghampiri sasaran sekarang dengan prestasi terbaik dicapai atlet negeri.

“Dengan prestasi yang lebih baik, mungkin beliau (Welson) akan meraih pingat kejohanan akan datang terutamanya Sukan Olimpik 2020 di Jepun,” ujarnya.

Dr Ong yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai Sarawak kerana sebelum ini sudah dibuktikan oleh Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.

Beliau juga yakin dengan disiplin, komitmen dan kesungguhan pasti boleh mencapai impiannya.

“MSN Sarawak dan SSC akan terus memberi sokongan moral sepenuhnya dan bantuan kepada mana-mana atlet Sarawak mencapai kejayaan dalam sukan mereka,” katanya.

Pada Ahad lalu, Welson Sim melakarkan sejarah tersendiri sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak di pentas antarabangsa.

Lebih manis, kejayaan tersebut membolehkan atlet muda Sarawak itu memperbaharui semula rekod kebangsaan dalam acara tersebut selain menewaskan juara Olimpik, Mack Horton dari Australia.

Kejayaan Welson itu turut mendapat pujian dan ucapan penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi ‘posting’ di akaun Twitternya.

  • oleh
  • Advertisement