Anda di sini

Pemuda BN Sarawak bidas Nazri, samseng bukan budaya BN

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan.)

Fadillah Yusof
Fadillah Yusof
Fazzrudin Abdul Rahman
Fazzrudin Abdul Rahman

KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengecam kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan melabelkan Menteri Sarawak sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Abdul Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, Pemuda BN Sarawak berpendirian bahawa semangat saling menghormati dan permuafakatan antara pemimpin dalam parti komponen harus diutamakan dengan sebarang perbezaan pendapat mestilah diselesaikan dalam saluran parti yang harmoni.
 

“Tindakan melabelkan sesama kita sebagai 'samseng' juga tidak wajar sama sekali kerana ia bukan sahaja satu penghinaan kepada individu terbabit malah boleh menjejaskan imej parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB,” katanya yang juga Ketua Pemuda PBB dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman dalam catatan Facebook beliau menyifatkan kenyataan Nazri sebagai tidak matang dan profesional dan beliau menyokong kenyataan Abdul Karim yang memohon agar pelaksanaan Cukai Pelancongan ditunda bagi Sarawak.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu sentiasa mengharapkan panduan dari rakan lebih berpengalaman katanya, beliau merasakan kenyataan Nazri itu tidak wajar.

“Pendekatan golongan muda sekarang juga adalah dengan memberi pandangan dari hati mereka dan mengharapkan respond dari kerajaan.

“Sama ada pandangan diterima atau ditolak, itu cerita kemudian. Tetapi sekurang-kurangnya beri lah respon, penjelasan dan panduan terhadap pandangan tersebut, dengan cara yang berhemah dan menfokuskan kepada isu,” katanya.

Advertisement