Anda di sini

Tanah runtuh tambah korban monsun di Sri Lanka

Advertisement
 Penduduk meninggalkan kawasan tanah runtuh semasa misi menyelamat di Kampung Athwelthota di Kalutara, semalam. — Gambar Reuters
BAHAYA: Penduduk meninggalkan kawasan tanah runtuh semasa misi menyelamat di Kampung Athwelthota di Kalutara, semalam. — Gambar Reuters

COLOMBO: Angka kematian akibat monsun di Sri Lanka mencecah 164 orang dengan penemuan lebih banyak mayat yang tertimbus dalam tanah runtuh akibat hujan lebat, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) semalam.

Hujan lebat Jumaat lepas turut menyebabkan banjir teruk dalam sejarah 14 tahun dan menyebabkan hampir setengah juta penduduk meninggalkan rumah mereka yang ditenggelami air di wilayah selatan dan barat.

DMC menyatakan 104 disenaraikan hilang ketika 88 lagi masih di hospital.

Pihak polis menyatakan helikopter pengangkut Mi-17 pasukan tentera udara terhempas di selatan kawasan Baddegama semalam ketika membawa bekalan bantuan untuk mangsa banjir.

“Helikopter terhempas di atas sebuah rumah, namun tiada kematian,” kata anggota polis di kawasan itu.

Pasukan tentera udara mengarahkan pesawat untuk misi memindahkan penduduk kampung terpencil selain menghantar makanan dan benda lain ke kawasan terjejas.

Kerajaan menyatakan operasi bantuan dipergiat sepanjang hujung minggu selepas peningkatan hujan monsun.

Bagaimanapun, jabatan meteorologi menyatakan ia menjangkakan lebih banyak hujan semalam dan hari ini yang akan menjejaskan operasi bantuan.

Banjir mulai surut di daerah teruk terjejas Ratnapura dan Kalutara, namun pihak berkuasa menyatakan operasi pembersihan akan mengambil masa beberapa minggu.

Jabatan meteorologi menyatakan hujan menamatkan kemarau berpanjangan yang mengancam pertanian termasuklah bekalan kuasa hidro.

Banjir kali ini paling teruk sejak Mei 2003 di mana 250 maut dan 10,000 rumah musnah selepas monsun kuat, menurut pihak berkuasa.

Monsun tahun lepas menyebabkan banjir dan tanah runtuh, mengorbankan lebih 100 orang. — AFP

Advertisement