Anda di sini

Rumah nyaris ranap akibat cuai

Advertisement
 Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
PANTAU: Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

SARIKEI: Tindakan seorang wanita meninggalkan dapur ketika memasak hampir mengundang padah apabila peruknya hangus terbakar di sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, tindakan pantas seorang daripada penghuni rumah terbabit berjaya mengawal situasi dan kebakaran daripada terus berlaku.

“Pada jam 9.54 pagi, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan yang mengatakan terdapat kepulan asap yang agak tebal dari sebuah bangunan di Jalan Repok, dekat sini.

“Berikutan itu, seramai tujuh anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Haron Jenai telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan kita tiba di lokasi terbabit, anggota kita mendapati kejadian tersebut telah terkawal dan api dapur telah berjaya dipadamkan,” katanya.

Jelasnya, justeru bomba hanya melakukan pemeriksaan dan memastikan keadaan betul-betul selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Advertisement