Anda di sini

PBDSB akan letak Cobbold bertanding di Parlimen Sri Aman

Advertisement

KUCHING: Parti Bansa Da-yak Sarawak Baru (PBDSB) akan meletakkan Presidennya Cobbold John Lusoi sebagai calon berpotensi untuk merebut kerusi Parlimen Sri Aman dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Berasal dari Ubah, Pantu, beliau tidak asing lagi dalam arena politik kerana memulakan kerjaya pada 1998 apabila bertanding di kerusi Parlimen Sri Aman selama dua kali manakala pada Pilihan Raya Negeri selama tiga kali iaitu di Balai Ringin, Kedup dan Bukit Semuja.

Menurut Pemangku Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Richard Hamit, Cobbold adalah calon paling sesuai untuk me-rampas kerusi tersebut.

Kerusi Sri Aman dipegang oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Kami dengan bangganya mengumumkan presiden kami (Cobbold John) adalah calon berpotensi PBDSB yang akan bertanding di Sri Aman.

“Beliau telah membuktikan bahawa beliau layak bertanding di kerusi itu dan telah berjuang untuk Dayak dan penduduk Sarawak secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rapelson turut meng-ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua kaum Dayak di Sarawak, Sabah dan di Semenanjung Malaysia.

“Perjuangan akan dite-ruskan dan kita berharap Dayak akan bersatu padu demi perjuangan Dayak dan Sarawak,” katanya.

Rapelson yang merupakan aktivitis hak tanah dan sosial diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Puncak Borneo dan aktivitis sosial dan hak tanah Mengga Mikui sebagai calon Selangau.

Rapelson telah meletak jawatan sebagai ketua Da-yak National Institute untuk meneruskan kerjaya sepenuh masa dalam politik manakala Mengga merupakan bekas presiden Kongres Kebangsaan Dayak dan juga bekas penjawat awam Sarawak Forestry.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, Cobbold memberitahu bahawa beliau berkemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Bagaimanapun, PBDSB sentiasa bersedia dan akan menyediakan seorang calon untuk bertanding untuk sebarang kemungkinan berlaku.

“Wanita Kedayan adalah antara calon berpotensi untuk mewakili PBDSB di Pujut,” katanya.

Cobbold turut memberitahu bahawa parti itu akan menumpukan PRU dan PRN seterusnya dan pihaknya juga telah mempunyai calon-calon berpotensi untuk PRN.

“Untuk kerusi parlimen Pujut dan kerusi majoriti Cina yang lain, biarlah parti pembangkang berasaskan Cina yang berhadapan dengan parti BN berasaskan kaum Cina.

“Jika Pakatan Harapan atau pembangkang lain serius untuk bekerjasama, mereka mesti tampil berjumpa kami dan menghantar jemputan rasmi.

“Kami tidak akan mengemis dan tidak akan mengkom-promikan kerusi atau isu Dayak,” katanya.

Advertisement