Anda di sini

Larian T-RUN 2.0 dibuka untuk pendaftaran

Advertisement

KUCHING: Orang ramai dipelawa untuk menyertai acara larian menyeronokkan, T-RUN 2.0 yang kini dibuka untuk pendaftaran.

Acara pada 3 September itu adalah anjuran bersama Tea FM, Seksyen Pemuda Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian serta See Hua Daily dan turut dianjurkan kompeni kedua Boy’s Brigade Kuching.

Pengerusi penganjur larian amal itu, Bryan Liew Yu Phin berkata, penyertaan dibuka sehingga 30 Jun depan adalah untuk semua warga Sarawak.

Larian yang menerima sambutan menggalakkan apabila melebihi 1,000 penyertaan pada tahun lepas, dibahagikan kepada dua kategori iaitu lima kilometer dan 10 kilometer.

Justeru, pada T-RUN 2.0, pihak penganjur meningkatkan kuota kepada 2,000 peserta untuk menempatkan lebih ramai peserta.

Yuran penyertaan adalah RM45 di mana 2,000 peserta pertama mendaftar akan menerima kemeja-T, pingat dan produk Mee Daddy, WanFa, Eagle Brand dan langganan percuma e-paper selama setahun See Hua Daily atau Borneo Post.

Sebagai tambahan, 1,000 peserta pertama akan menerima baucar ihsan Life Café, yang boleh digunakan untuk menebus Mi Shanghai atau Mi Signature Spicy di premis Life Café di cawangan Jalan Padungan, Jalan Keretapi atau Jalan Song.

Dengan nilai hadiah sehingga RM80, para peserta turut layak untuk menyertai cabutan bertuah T-RUN.

Kutipan daripada T-RUN 2.0 akan diderma kepada BB Love Box – yang merupakan acara kebajikan anjuran Kompeni Kedua Boy’s Brigade Kuching – untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.

T-RUN 2.0 ditaja oleh GREE, Life Café, Mee Daddy, WanFa dan Eagle Brand.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar borang penyertaan di See Hua Marketing Sdn Bhd, Lot 7705, Jalan Pending, Tel: 082-330505; See Hua Daily News Centre, 1st Floor, Crown Towers, Tel: 082- 485111; Tea FM Office, 10th Floor, Crown Towers, Tel: 082-336593; ibu pejabat Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Jalan Sungai Apong, Pending, Tel: 016- 8605879.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, hubungi Tea FM menerusi talian 082-336593, faks: 082- 336793 atau layari www.teafm.com.my, fb.com/teafm1027, teafm_offical pada Instagram, atau hubungi Seksyen Pemuda Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Leon Tan di talian 014-9933445 atau Lee Kok Hou (012-8226252).

Advertisement