Anda di sini

Kerajaan bn tidak pernah pinggir masyarakat bugis

Advertisement

TAWAU: Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi parti UMNO tidak pernah meminggirkan kepentingan masyarakat Bugis di negeri ini, kata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila ramai rakyat Malaysia berketurunan Bugis diterima berkhidmat dan memegang jawatan tertinggi dalam pelbagai jabatan serta agensi kerajaan termasuk menjadi wakil rakyat.

“Di peringkat UMNO Bahagian Kalabakan sendiri, ramai anggota UMNO yang berketurunan Bugis dan apa juga keperluan dan kepentingan mereka, ia sentiasa diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) Datuk Samsul Alang Hamsah yang meminta agar pemimpin dari kaum Bugis diberikan kerusi pada pilihan raya depan. — Bernama

Advertisement