Anda di sini

Keluarga Hipni dan Nor memerlukan bantuan

Advertisement
 Nor menepuk belakang Nurul kerana mengalami batuk berkahak ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tabuan Hilir, Kuching, semalam.
KASIH IBU: Nor menepuk belakang Nurul kerana mengalami batuk berkahak ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tabuan Hilir, Kuching, semalam.

KUCHING:Pasangan suami isteri Hipni Bahdi dan Nor Datul Alijah Majimon sudah bertahun menahan kesedihan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Lidah mereka juga kelu untuk meminta bantuan atau mengharapkan simpati masyarakat, kini hanya berserah kepada takdir ditentukan Tuhan.

Pasangan itu sebaliknya bersyukur dengan rezeki yang ada sama ada disumbangkan oleh jiran atau menyediakan hidangan ala kadar untuk berbuka puasa bersama tiga anak mereka yang dua daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU).

Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula jauh sekali daripada impian Nor. 

“Raya bagi kami sekeluarga tiada makna kemeriahan, lebih-lebih lagi dengan keadaan rumah kami yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.

“Bahagian dapur sudah runtuh. Ada orang datang, katanya mahu membantu tetapi sampai hari ini tidak ada apa yang dibuat,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Justeru, Nor dan suaminya amat berharap bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang telah lama dipohon daripada kerajaan akan mendapat jawapan positif.

Nor dan Hipni masing-masing berusia 40 dan 41 tahun sebenarnya dikurniakan empat cahaya mata tetapi tiga daripadanya mengalami penyakit Holoprosencephaly (HPE) atau kegagalan otak depan untuk berkembang secara normal.

Namun pada 2007 anak ketiga pasangan itu yang juga mengalami penyakit HPE meninggal dunia ketika berusia tujuh tahun. 

“Kakak masih ingat kami berdua bergilir-gilir menjaga anak kami di rumah dan di hospital tetapi setahun kemudian anak kami pergi buat selamanya,” katanya sambil sebak menahan air mata.

Dia katanya, pernah bekerja sebagai pembersih pejabat setahun lepas, namun apabila saudara yang sering menjaga anaknya kurang sihat dan pulang ke kampung, menyebabkan dia terpaksa berkorban dan hilang mata pencarian.

Sekarang, anak sulung yang baharu mencecah usia 20 tahun bekerja di sebuah pusat beli-belah sebagai jurujual untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Anak kedua pasangan itu, Nurul Syaffiqqa, 18, mulai dikesan mengalami HPE selepas mengalami demam panas pada usia enam bulan manakala Zulfiqar Hipni, 10, apabila ditinggal sekejap akan menggigit jarinya sendiri sehingga bengkak,  lebam atau luka.

“Mahu ke hospital untuk rawatan susulan hospital anak-anak kami juga sukar kerana pernah pemandu van sewa meminta tambang RM45 untuk kami anak beranak ke hospital, terus terang kakak cakap kami tidak berkemampuan,” ujarnya.

Walaupun kedua-dua anaknya itu mempunyai bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan setiap seorang tetapi ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan makanan khusus yang diperlukan mereka.

Mereka yang ingin menderma kepada keluarga ini bolehlah menghubungi Hipni di talian 014-3975852 di Kampung Tabuan Hilir

  • oleh
  • Advertisement