Anda di sini

Dr Ting ikrar terus khidmat bantu rakyat kawasan

Advertisement
 Dr Ting (paling kanan), Lim (enam kanan), Chong (lima kanan) dan yang lain menyalakan lilin sebagai tanda sokongan terhadap pemerintahan demokrasi saksama.
SOKONG: Dr Ting (paling kanan), Lim (enam kanan), Chong (lima kanan) dan yang lain menyalakan lilin sebagai tanda sokongan terhadap pemerintahan demokrasi saksama.

MIRI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat meskipun dilucutkan daripada jawatan itu pada 12 Mei lalu.

Beliau yang menyifatkan hari tersebut paling gelap dalam sejarah Malaysia berkata, pengundi harus turun beramai-ramai menjalankan tanggungjawab jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diada-kan.

“Biar undi pada PRK itu nanti menjadi suara kepada anda mahu pilihan raya adil,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam DAP di Eastwood Valley Golf and Country Club, malam kelmarin.

Beliau turut berterima kasih kepada 8,899 pengundi yang mengundi beliau semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sekali gus membuktikan sokongan dan keyakinan untuk hak demokratik daripada pengundi.

“Terpilih sebagai wakil rakyat banyak membuka mata saya terhadap nasib rakyat khususnya golongan susah dan berjuang untuk keluar daripada kemelut kemiskinan. Jurang perbe-zaan antara yang miskin dan kaya amat menyedihkan,” katanya.

Dr Ting turut menjelaskan bahawa kontroversi dua kewarganegaraan adalah tidak benar dan beliau tidak pernah menipu pengundi.

Sementara itu majlis itu dihadiri ribuan ahli DAP sebagai tanda sokongan kepada Dr Ting, turut dihadiri Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Pending Violet Yong, ADUN Tanjung Batu Chiew Chin Sing, ADUN Canning Wong Kah Who dan ADUN Palawan David Wong Kee Woan dan ahli-ahli DAP dari Kuching, Sibu dan Miri.

Advertisement