Anda di sini

SMS sasar lima pasukan terbaik

Advertisement
 Barisan pemain skuad SMS FC mahu memberi saingan dalam Piala Liga Sosial Nanyang 2017-2018.
BERSEMANGAT: Barisan pemain skuad SMS FC mahu memberi saingan dalam Piala Liga Sosial Nanyang 2017-2018.

28 pasukan elit sedia berentap pada saingan Piala Liga Sosial Nanyang 2017-2018

KUCHING : Pasukan Stail Motor Sarawak FC (SMS FC) dari Kuching/Samarahan berhasrat menamatkan saingan Piala Liga Sosial Nanyang 2017-2018 anjuran Nanyang United FC di kelompok lima pasukan terbaik daripada 14 pasukan yang bertanding dalam kumpulan A.

 Sejumlah 28 pasukan elit dari sekitar Kuching/ Samarahan bertanding dalam saingan ini dengan dibahagikan kepada dua kumpulan (kumpulan A & B).

 Pengurus pasukan, Rosmaziadi Ismail, 42, yang berasal dari Kelantan berkata, beberapa pemain skuad itu memiliki gaya permainan matang serta berkemahiran tinggi dalam merencana persembahan terbaik pasukan.

 Menurutnya, kecemerlangan mereka yang berusia antara 19 hingga 30 tahun juga sering membantu SMS meraih kemenangan dalam banyak aksi liga dan perlawanan persahabatan.

 Katanya antara perlawanan itu termasuk bertemu pasukan dari Liga Super/ Premier Padawan, Liga Samarahan, Liga Zon 8 Kuching, selain beberapa kelab dari sekitar Kuching, Samarahan, Padawan dan Bau.

 Rosmaziadi berkata, pemain SMS FC terdiri daripada pelbagai latar belakang, pekerjaaan dan berlainan bangsa serta agama.

 “Kami bercadang menyertai liga yang lebih tinggi pada masa akan datang bagi mendedahkan pemain dengan saingan kompetitif berikutan ramai pemain SMS FC memiliki bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

 Ketua pasukan Mohd Ameer Idzat berkata, kerjasama dan kepercayaan sesama rakan seperjuangan menjadi kekuatan untuk tidak mengalah pada setiap perlawanan.

 Harapan untuk SMS FC supaya boleh terus menempah nama dan terus memberi saingan sengit kepada pasukan bola sepak dalam apa juga kejohanan.

Advertisement