Anda di sini

PPKI SK Jalan Bintang anjur program pupuk kesedaran berkaitan autisme

Advertisement
 Para guru memberi sokongan pada sambutan Hari Autisme Sedunia.
SOKONG: Para guru memberi sokongan pada sambutan Hari Autisme Sedunia.

BAGI memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autisme, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang mengadakan Hari Autisme Sedunia di sekolah tersebut barubaru ini.

 Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK), Suhaila Sabeh berkata, program peringkat sekolah ini diadakan seiring dengan usaha murni membantu murid autisme membina hubungan sosial dengan masyarakat luar khususnya rakan sebaya.

 “Program ini bermatlamat memupuk kesedaran bahawa kanakkanak autisme yang tergolong dalam kategori individu berkeperluan khas ini turut mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.

 “Kewujudan kanakkanak autisme dalam kalangan masyarakat seharusnya dihargai dan disayangi.

 “Harapan saya agar program ini dapat menyebarkan maklumat berkaitan autisme kepada semua lapisan masyarakat khususnya dan sekolah amnya,” katanya dalam satu kenyataan media.

 Program yang julung kali diadakan oleh PPKI SK Jalan Bintang ini melibatkan 60 murid.

 Turut menyertai program ini adalah murid-murid dari PPKI SK Miri, PPKI SK Lutong, PPKI SK South, SK Pendidikan Khas dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

 Bertemakan ‘Light It Up Blue’, pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah pertandingan susun suai gambar, pertandingan mewarna, pameran kesedaran autisme serta hasil kerja murid pendidikan khas.

 Dengan kejayaan program yang pertama kali diadakan ini, PPKI SK Jalan Bintang berhasrat untuk mengadakannya setiap tahun.

 Hari Kesedaran Autisme Sedunia diadakan pada 2 April setiap tahun.

  • oleh
  • Advertisement