Anda di sini

Penarafan Sarawak Hidro tidak terjejas

Advertisement

Pengambilalihan HEP Bakun oleh SEB kekalkan penarafan AAA/Stabil Sukuk Murabahah

KUCHING: Penilaian dilakukan RAM Ratings mendapati cadangan pengambilalihan Empangan Hidro Elektrik Bakun oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak menjejaskan penarafan Sarawak Hidro Sdn Bhd.

 “RAM Ratings selepas membuat penilaian mengenai cadangan pengambilalihan Sarawak Hidro Sdn Bhd (Syarikat) oleh Sarawak Energy Berhad, mendapati ia mengekalkan penarafan AAA/ Stabil Sukuk Murabahah Syarikat sehingga RM5,540 juta dalam nilai Nominal (2016/2031),” jelasnya RAM Ratings dalam satu kenyataan akhbar.

 Menurut RAM Ratings, walaupun pegangan saham Sarawak Hidro akan berubah, komitmen kerajaan persekutuan membuat sebarang kekurangan mudah tunai dengan nisbah liputan perkhidmatan kewangan disasarkan Syarikat (FSCR) kekal utuh.

 Inilah faktor utama yang meny okong pena r a f a n Sarawak Hidro Sdn Bhd, ujar RAM Ratings.

 Komitmen itu jelas RAM Ratings, dinyatakan dalam surat tidak boleh ditarik balik dan tanpa syarat aku janji berkesan sepanjang tempoh Sukuk.

 Ini ditambah pula dengan penjanaan aliran tunai sedia ada, akan memastikan syarikat berkenaan mengenalkan FSCR yang unggul (dengan imbangan tunai, pengagihan selepas, dikira pada tarikh pembayaran) dua kali sepanjang tempoh Sukuk sesuai dengan penarafan AAA di bawah rangka kerja kedudukan projek kewangan RAM.

 Tambah RAM Ratings lagi, Sarawak Hidro merupakan syarikat pengeluar tenaga (elektrik) bebas yang memiliki dan mengendalikan loji (Empangan Hidro Elektrik) Bakun 2,400 megawatt (MW), di bawah perjanjian pembelian kuasa yang berlangsung sehingga 31 Mac 2043.

 “Perjanjian penjualan saham bersyarat, iaitu Sarawak Energy akan memperoleh pemilikan penuh syarikat dari Kementerian Kewangan (Diperbadankan), ditandatangani pada 22 Mei 2017,” jelas RAM Ratings.

 Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 22 Mac lalu berkata, harga HEP Bakun ialah RM2.

6 bilion dalam bentuk tunai dan RM5.

6 bilion dalam bentuk hutang bersih tertunggak pada akhir Disember 2016.

 Kerajaan persekutuan katanya terus menyediakan Jaminan Kerajaan dan Surat Aku Janji untuk pinjaman, RM2.

5 bilion belian tunai keseluruhan entiti Sarawak daripada Sarawak Hidro Sdn Bhd serta Pegangan Tebus Semula Hak Istimewa.

 “RM2.

5 bilion akan dibayar kepada SEB (Sarawak Energy Berhad) yang dijana secara dana dalaman dan pinjaman.

 Hutang bersih RM5.

6 bilion akan dibayar balik sematamata oleh aliran tunai dijana kemudahan HEP Bakun sendiri ke atas baki tempoh pinjaman 15 tahun berbanding aset jangka hayat empangan berlangsung lebih 60 tahun tempoh lesen generasi diberikan kerajaan.

 “Apabila hutang habis dibayar, HEP Bakun akan menjadi satu lagi sumber pendapatan Sarawak.

 Pemilikan semula ini juga membolehkah kita mengintegrasikan ia dengan HEP Murum dan membawa pengurusan lebih baik kepada keupayaan penjanaan kuasa elektrik Sarawak,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement