Anda di sini

Lampu jalan solar beri sinaran 'emas' kepada Unimas

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan selanjutnya.)

 Dr Lau menunjukkan pingat emas dan sijil yang diterimanya pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2017.
PENCAPAIAN PENTING: Dr Lau menunjukkan pingat emas dan sijil yang diterimanya pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2017.
 Dr Lau (kanan) menerangkan mengenai produk penyelidikannya kepada Naib Canselor Unimas Datuk Mohamad Kadim Suaidi.
TAKLIMAT: Dr Lau (kanan) menerangkan mengenai produk penyelidikannya kepada Naib Canselor Unimas Datuk Mohamad Kadim Suaidi.

KOTA SAMARAHAN: Hasil reka cipta penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkaitan lampu jalan LED solar berjaya meraih pingat emas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) Ke-28 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Reka cipta itu bertajuk 'From Grid to Solar Powered Streetlights: A Distributed Traffic Aware Lighting Control Scheme With Energy Neutral and Predictive Behavior' diketuai penyelidik Dr Lau Sei Ping.

"Ia senang untuk dipasangkan di mana-mana sahaja termasuk kawasan luar bandar selain jimat penggunaan tenaga.

"Walaupun sumber tenaga dalam bateri tidak penuh dicas semula tetapi ia mampu memberi cahaya sepanjang malam dengan adanya kawalan tenaga semula jadi yang ada pada produk penyelidikan ini," kata Dr Lau.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Rumah Universiti Unimas di sini petang tadi.

ITEX 2017 telah berlangsung pada 11 hingga 13 Mei lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu turut menyaksikan sembilan produk penyelidikan Unimas turut dianguerahkan pingat perak.

  • oleh
  • Advertisement