Anda di sini

DAP tidak beri laluan mudah kepada BN, letak calon di Pujut

Advertisement

MIRI: Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) tidak akan membiarkan Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut sebaliknya akan meletak calon saingan, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Bercakap semasa sidang media di pejabat DAP Miri semalam, Chong berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mengumum calon berkenaan kerana tumpuan utama sekarang ialah menyaman Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana melucut jawatan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, baru-baru ini.

DAP akan menyaman DUN di mahkamah dan salinan akan diberi kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) di Kuching untuk mencabar keputusan DUN sebelum ini,” katanya.

Chong menambah, alasan utama saman keputusan DUN itu ialah kerana ia melampaui kuasa mahkamah.

Berdasarkan tafsiran DAP, selagi Dr Ting menyerahkan kerakyatan Australia, beliau adalah warganegara Malaysia dan layak dipilih sebagai wakil rakyat.

BN sepatutnya menghormati keputusan mahkamah terhadap petisyen dikemuka terhadap Dr Ting yang memihak kepada beliau. Dalam hal ini, DUN tidak boleh melangkaui kuasa mahkamah,” katanya.

Chong menambah, SPR juga sepatutnya menghormati proses mahkamah dan tidak mengumumkan PRK hanya kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada BN.

Turut hadir Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Pending Violet Yong, ADUN Tanjung Batu Chiew Chin Sing, ADUN Palawan David Wong Kee Woan dan bekas ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon.

Advertisement