Anda di sini

Ayuh sertai pertandingan futsal di Stadium Tertutup Miri pada 8-9 Julai

Advertisement

MIRI: Pasukan futsal tempatan dipelawa menyertai Pertandingan Futsal Piala Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 2017 pada 8 dan 9 Julai depan.

 Ia adalah anjuran Pejabat Belia, Sukan dan Solidariti Miri dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Miri yang dijangka akan berlangsung di Stadium Tertutup Miri.

 Pengerusi Persatuan Bola Sepak Miri Mohamad Saif Jubaidi berkata, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan masing-masing kategori lelaki dan kategori wanita.

 Pertandingan itu, katanya, terbuka kepada semua pasukan futsal sekitar Miri dengan pemain dilahirkan pada tahun 1997 dan selepasnya (di bawah umur 20 tahun).

 “Pertandingan ini bertujuan untuk memilih pemain bagi mewakili Miri ke pertandingan peringkat negeri kelak, pada masa sama mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal,” katanya di sini semalam.

 Yuran penyertaan bagi penyertaan pasukan lelaki ialah RM150 sementara bagi kategori wanita pula sebanyak RM100.

 Juara kategori lelaki akan menerima RM1000, piala dan medal, sementara naib juara menerima RM700, piala dan medal, sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM400.

 Bagi kategori wanita pula, juara akan menerima RM700, piala dan medal sementara naib juara menerima RM500, piala dan medal, tempat ketiga dan keempat masing-masing RM300.

 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 7 Julai depan di Bilik Mesyuarat Stadium Miri pada jam 8 malam.

 Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohamad Saif Jubaidi menerusi talian 013- 8047187 atau Ennie Lukong (085-419624 atau 019-4898475).

Advertisement