Anda di sini

Tinju S’wak lakar sejarah lagi

Advertisement
MOHD SHAFIQ
MOHD SHAFIQ

Mohd Shafiq dipilih wakili negara pada WBC Boxingfest Malaysia Debut 2017

KUCHING: Arena tinju Sarawak melakar satu lagi sejarah baharu selepas Mohd Shafiq Hazziman Jefry dipilih mewakili negara pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Boxingfest Malaysia Debut 2017.

 Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Dato Rahman Lariwoo berkata, pemilihan Shafiq pada kejohanan dijadual berlangsung pada 8 dan 9 Julai di Dewan Pusat Persidangan Mid Valley, Kuala Lumpur i tu menj adika n beliau petinju pertama dari Sarawak bertaraf profesional.

 Rahman yang juga pengurus skuad tinju Sukan SEA 2017 turut melahirkan rasa bangga dengan pemilihan anak kelahiran Tatau, Bintulu berusia 19 tahun mewakili negara pada kejohanan antarabangsa itu.

 Sekali gus, beliau percaya masa depan tinju negeri ini berada di landasan tepat dengan kehadiran Shafiq lebih-lebih lagi dalam persiapan Sarawak memburu kejuaraan pada SUKMA 2018 di Perak.

 “Satu kebanggaan buat SABA dan Sarawak dengan pemilihan Shafiq untuk mewakili negara pada kejohanan dunia pada Julai depan.

 Saya harap beliau dapat membawa kejayaan untuk mengharumkan negara dan Sarawak.

 “Ia kejayaan berterusan buat SABA selepas Mohd Herman Musa dilantik sebagai jurulatih One Star Persatuan Tinju Antarabangsa Asia (AIBA) dan Mirza Chulam Murtadha sebagai juri profesional (WBC/WBO).

 “Semua ini dicapai atas semangat kesukanan dan komitmen kukuh sesama Exco SABA serta sokongan padu daripada kerajaan negeri,” katanya semalam.

 Menurut Rahman, Shafiq atau lebih mesra dipanggil Fiq merupakan atlet pelapis kebangsaan yang pernah menyumbang perak kepada Sarawak pada SUKMA 2016.

 Petinju muda yang pernah menjalani latihan di Bangkok, Thailand dan Indonesia itu kini berlatih di bawah kendalian jurulatih, Wilbur Andogan.

 Finalis Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2016 itu turut menanam cita-cita untuk pergi jauh dengan mewakili negara pada temasya Sukan Olimpik.

 “Ini peluang terbaik Syafiq meraih seberapa banyak pengalaman bagi memantapkan kemahiran dan teknik kerana beliau bakal menentang petinju terkemuka dari serata dunia.

 “Saya percaya Syafiq mempunyai masa depan yang cerah dalam karier ini namun beliau perlu terus konsisten dan berusaha gigih memajukan diri,” ujar Rahman sambil menambah petinju itu akan bertanding dalam kategori 49kg.

 Menurutnya lagi, Syafiq juga telah diserap dalam skuad bayangan SUKMA 2018.

  • oleh
  • Advertisement