Anda di sini

Kempen derma darah sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2017

Advertisement
 Salah seorang anggota Bomba sempat berlawak ketika proses derma darah dijalankan.
MENCUIT HATI: Salah seorang anggota Bomba sempat berlawak ketika proses derma darah dijalankan.

MENDERMA darah merupakan satu amalan mulia kerana ia boleh memberi harapan dan sinar baharu kepada kehidupan lain yang memerlukan.

 Darah bersih yang diderma amat penting sebagai penyelamat nyawa seseorang insan yang memerlukan.

 Sehubungan itu, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Song) dan Pasukan Bomba Sukarela Song yang diketuai PPgB Fredrick Aok telah mengadakan kempen derma darah yang dikendalikan Unit Makmal Hospital Kapit di Song pada 16 Mei lalu.

 Menurut Fredrick, kempen derma darah tersebut sempena memperingati Hari Anggota Bomba Sedunia 2017.

 “Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk membantu pihak hospital Kapit untuk mendapatkan bekalan darah selain satu pengisian sempena Hari Anggota Bomba Sedunia.

  • oleh
  • Advertisement