Anda di sini

Izzue Islam ajak peminat berjalan dalam ‘Destinasi Hijau’

Advertisement
__alt__

PELAKON terkenal Izzue Islam mengajak peminatnya menjelajah ke tempat-tempat menarik yang menjanjikan pemandangan flora dan fauna yang cantik menerusi program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Destinasi Hijau’.

 Ringan dan berkonsepkan pengembaraan serta mengunjungi destinasi rehat dan rekreasi di Malaysia, program 13 episod ini bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, jam 8.30 malam menerusi saluran TV1.

 Tumpuan penonton dibawa mengembara ke tempat-tempat rekreasi dan peranginan, sambil menjelaskan kenikan tempat-tempat yang dikunjungi.

 Menerusi episod pengenalannya, program ini memperkenalkan kawasan Janda Baik di Pahang dengan empat jenis tarikan di situ iaitu Resort Teratak Malaya, kebun sayur, Taman Herba Pak Habib dan Lata Tampit.

 Usah ketinggalan menyaksikan perkongsian menarik menerokai kawasan Kluang, Johor dengan empat jenis tarikan di situ iaitu UK Farm Resort, Kluang Rail Coffee, Zenxin Organic Park dan Kedai Makan Jom Makan.

 Episod berikutnya memperkenalkan Homestay Banguris di Sepang, Selangor dengan empat jenis tarikan di situ iaitu Kebun Kopi, Kebun Buluh Madu, Kebun Pisang dan Kilang Kerepek Rizal.

 Kunjungan ke beberapa tempat yang menarik di Mersing Johor tidak kurang hebatnya mengunjungi lokasi seperti Pasar Endau Mersing, Cili saliran baja, Jeti LKIM Pantai Penyabong dan sebagainya.

 Episod jelajah semakin menyeronokkan dengan perkongsian beberapa tempat yang menarik di Kuala Gula, Perak seperti Kuala Gula Sanctuary Resort, Hutan Paya Laut Bakau, JS Muara Restoran dan Mi Udang Parit 30.

 Lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya di Cameron Highlands dimana kesempatan yang ada digunakan memperkenalkan Taman Agrotechnology MARDI, Glory 78 Cafe & Souvenir, KEA farm dan Cameron Lavender Garden.

 Episod berikutnya memperkenalkan tempattempat yang menarik di Teluk Bahang seperti Escape Adventure Play, Tropical Fruit Farm dan Tropical Spice Garden.

 Episod yang bakal mencuri tumpuan pastinya tempat- tempat yang menarik di Pulau Langkawi, Kedah seperti Tok Senik Resort, Herbwalk, Restoran Siti Fatimah dan sukan air Parasailing.

 Begitu juga tempat-tempat yang menarik di Muar, Johor, seperti Hotel Muar, sangkar Tiram Sungai Muar dan Ladang Nasuha, Pagoh.

 Jelajah Destinasi Hijau diteruskan dengan kunjungan tempat menarik di Kuala Kangsar, Perak seperti Syamille Agro Farm & Resort, Restoran Tasik Raban dan Ikan Pindang & Ikan Pekasam.

 Manakala di Rompin, Pahang seperti rumah Rakit Rompin, memancing udang, Kebun Abang Awie, Warung Pokok Manggis, dan memukat ikan di pantai.

 Izzue Islam berada di Pulau Langkawi mengunjungi Laman Padi Langkawi, Kilim Geoforest Park, Langkawi Skycab, Dataran Lang Kuah dan Taman Agro Teknologi MARDI.

 Episod akhir di Sabak Bernam, Selangor dimana Izzue Islam meluangkan masa melakukan aktiviti seperti memancing ikan, menangguk udang dan membuat atap.

Advertisement