Anda di sini

Perabot berkualiti Public Furniture di Jalan Canna pada harga hebat

Advertisement
 Prapembukaan cawangan pertama di Kuching dan ketujuh di Sarawak.
CAWANGAN PERTAMA: Prapembukaan cawangan pertama di Kuching dan ketujuh di Sarawak.

KUCHING: Public Furni­ture Showroom mengadakan promosi jualan sempena prapembukaan premis pam­eran dan jualan baharu di Pu­sat Komersial Fasa 3 Tabuan Tranquility yang terletak di Jalan Canna dekat sini.

Menurut jurucakap Public Furniture semalam, promosi jualan ini berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini yang mena­warkan pelbagai perabot kediaman berkualiti pada harga hebat.

Antaranya, set sofa jenama Laviva berkualiti tinggi dari Itali pada harga RM4,888 dan percuma satu unit tilam bersaiz besar jenama Laviva yang dijual pada harga biasa RM1,488.

Selain menawarkan harga hebat bagi set sofa berharga tinggi, promosi tiga hari ini tu­rut menawarkan set sofa pada harga ekonomi seperti set sofa fabrik kayu berkualiti tinggi (1+2+3) yang dijual pada pada harga hanya RM1,088 dan banyak lagi pilihan yang lain.

Bagi mereka yang mencari set bilik tidur, Public Fur­niture turut menawarkan pelbagai pilihan mengikut kemampuan pelanggan.

Antara yang menarik di sini, set bilik tidur Melamin import dari Jerman pada harga ber­mula dari RM999 yang tahan calar dan antilipas.

Sempena dengan prapem­bukaan cawangan ketujuh Public Furniture di Sarawak dan yang pertama di Kuching ini, syarikat turut menawar­kan pelbagai hadiah menarik untuk pelanggan yang ber­daftar sebagai ahli.

Mereka yang mendaftar mas­uk sebagai ahli akan menerima baucar hadiah RM1,000 mana­kala pelanggan dengan pem­belian RM2,000 dan ke atas akan layak untuk menyertai cabutan bertuah.

Cabutan bertuah ini mena­warkan hadiah utama sebuah set sofa kulit jenama Laviva, hadiah kedua satu unit tilam berjenama tinggi dan hadiah ketiga set meja makan Marmar.

Selain jualan dalam premis, syarikat untuk mengadakan jualan kanopi di hadapan premis jualan yang mena­warkan pelbagai pilihan tilam pada harga rendah.

Tawaran lain termasuklah meja belajar, almari hiasan, rak kasut, almari dapur, cermin dinding, rangka tilam yang boleh didapati dalam pelbagai pilihan pada harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran yang dise­diakan jangan lepaskan pel­uang untuk kunjungi Public Furniture Showroom sepa­njang tempoh promosi tiga hari ini.

  • oleh
  • Advertisement