Anda di sini

JKR Limbang juara Karnival Sukan JKR S’wak Zon Utara

Advertisement
 Kontinjen JKR Limbang, Miri dan Kuching bergambar bersama pada karnival itu baru-baru ini.
SEMANGAT KESUKANAN: Kontinjen JKR Limbang, Miri dan Kuching bergambar bersama pada karnival itu baru-baru ini.

LIMBANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Lim­bang unggul apabila muncul juara keseluruhan Karnival Su­kan JKR Sarawak Zon Wilayah Utara (Limbang, Miri dan Bin­tulu) di sini baru-baru ini.

Pelbagai acara sukan diad­akan termasuk tenpin bol­ing, bola jaring, futsal, bola sepak, badminton, pingpong dan tenis.

Seramai 223 pegawai berkampung di Limbang pada karnival itu yang berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei lepas.

Karnival tersebut diadakan sebagai landasan mencungkil bakat-bakat dalam kalangan kakitangan JKR untuk diket­engahkan pada kejohanan lebih tinggi seperti MAKSAK.

Hadir memeriahkan pro­gram ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah yang turut menyumbang geran sebanyak RM5,000 kepada Kelab SOKANJAYA Limbang.

Turut hadir wakil Penga­rah JKR Negeri John Wong, Jurutera Bahagian Limbang Noor Ismail Razali dan pega­wai-pegawai kanan JKR setiap bahagian Zon Utara.

Advertisement