Anda di sini

Indonesia berkas 3 suspek bom nekad

Advertisement
 Polis Indonesia mengusung keranda rakan            sekerja Imam Gilang Adinata yang terkorban dalam letupan bom      di terminal bas Kampung Melayu di Jakarta, kelmarin. — Gambar Reuters
PENGHORMATAN: Polis Indonesia mengusung keranda rakan sekerja Imam Gilang Adinata yang terkorban dalam letupan bom di terminal bas Kampung Melayu di Jakarta, kelmarin. — Gambar Reuters

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menangkap tiga suspek susulan pengeboman nekad berkembar yang mengorbankan tiga anggota polis dan diakui oleh militan Islamic State (IS), kata seorang pegawai semalam.

Skuad elit antikeganasan bekerjasama dengan pasukan polis biasa kelmarin menahan dua lelaki di Bandung di pulau Jawa serta lelaki ketiga di sebuah kawasan berhampiran di Cimahi, dan rumah mereka sekarang sedang digeledah, kata jurucakap polis tempatan Yusri Yunus.

“Kami menangkap tiga orang berhubung dengan pengeboman, di tiga lokasi berlainan pada tengah hari kelmarin,” beliau memberitahu AFP.

Dua rumah milik dua pengebom yang disyaki di kawasan yang sama diserbu oleh pihak berkuasa yang menemui bahan ajaran Islam dan senjata tajam.

Pengebom menyerang terminal bas yang sibuk di ibu negara pada lewat Rabu dalam serangan dramatik yang mencetuskan keadaan panik dan menyebabkan anggota badan manusia bergelimpangan dan serpihan kaca bertaburan di atas jalan.

Tiga polis terkorban, sementara anggota polis yang lain serta orang awam terce-dera dalam serangan di terminal bas Kampung Melayu.

IS mengaku bertanggung-jawab melalui agensi propagandanya Amaq, menurut satu kenyataan yang dimuat naik oleh Kumpulan Perisikan SITE pada lewat kelmarin.

Penganalisis menuding jari kepada kumpulan yang dikaitkan dengan IS tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang dipersalahkan bagi serangan terbaharu.

Pengeboman terminal bas itu merupakan serangan pa-ling teruk di Indonesia sejak Januari 2016, apabila bom nekad dan serangan senjata diakui oleh IS di luar ibu kota Jakarta menyebabkan empat penyerang dan empat orang awam terbunuh.

Beratus-ratus anggota radikal dari Indonesia, negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam di dunia, berada di luar negara untuk berjuang bersama dengan IS, dan negara melihat peningkatan dalam rancangan dan serangan dikaitkan dengan pejuang jihad sejak dari tahun lepas.

Yunus tidak mahu men-dedahkan bagaimana lelaki yang ditangkap kelmarin disyaki terlibat dalam sera-ngan, hanya menyatakan pihak berkuasa dibawa kepada tiga orang tersebut melalui keterangan saksi.

Polis berkata mereka mempercayai IS mempunyai kaitan dengan serangan itu, namun tidak memberi maklumat lanjut.

Penganalisis keselamatan berpangkalan di Jakarta Sidney Jones, yang mengetuai kumpulan pemikir Institusi bagi Penganalisis Polisi Konflik, menerangkan dakwaan oleh pejuang jihad sebagai “sangat dipercayai” dan cabang JAD di Bandung adalah dalang serangan itu.

Al Chaidar, pakar pengganas dari Universiti Malikussaleh di wilayah Aceh di Indonesia, berkata beliau turut memikirkan dakwaan itu boleh dipercayai.

“Saya fikir ia boleh dipercayai kerana mereka telah menyatakan dalam (perkhidmatan penghantaran pesanan) Telegram bahawa mereka berasa gembira mengenai pengeboman – mereka hanya menyatakannya semula me-lalui Amaq,” jelas beliau.

Polis berkata bom yang digunakan dalam serangan pada Rabu lepas dibuat daripada periuk tekanan, serupa dengan alat yang digunakan dalam serangan oleh seorang militan JAD di Bandung pada Februari.

Dalam serangan itu, polis menembak mati seorang militan selepas dia meletupkan bom kecil di sebuah taman dan kemudian menyerbu pejabat kerajaan tempatan.

Tiada sesiapa yang lain tercedera.

JAD dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat pada Januari, yang berkata rang-kaian itu merupakan kumpulan penaung kepada kira-kira 24 kumpulan ekstremis.

Segelintir telah menuding jari kepada kumpulan itu melakukan serangan di Jakarta pada tahun lepas. — AFP

Advertisement