Anda di sini

Promosi tergempar pasar segar Emart Matang pada Ahad ini

Advertisement
 Edward (empat kiri) bersama kakitangan Emart yang lain dan peniaga ketika kunjungan ke Pasar Segar Emart Matang semalam bagi menguar-uarkan mengenai promosi tergempar Ahad ini.
PROMOSI: Edward (empat kiri) bersama kakitangan Emart yang lain dan peniaga ketika kunjungan ke Pasar Segar Emart Matang semalam bagi menguar-uarkan mengenai promosi tergempar Ahad ini.

KUCHING: Pasar Segar Emart Matang akan mengadakan promosi tergempar pada Ahad ini, 28 Mei sempena dengan ulang tahun pertamanya beroperasi di pasar raya Emart yang terletak di Pusat Komersial Lee Ling di sini.

Menurut Pembantu Pengurus Hartanah, Emart Reality (Kuching) Sdn Bhd, Edward Lee, promosi tergempar menawarkan harga terendah kepada para pelanggan melibatkan 12 jenis barangan terpilih bermula dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sahaja.

Kesemua 12 jenis barangan ini adalah seperti timun tempatan, kacang panjang, labu putih, telur segar gred B, buah oren, anggur merah, ikan sardine, ikan tongkol, ikan kembung, ikan gelongkong, ikan siakap dan ikan yamma.

Barangan ini akan dijual pada harga 50 peratus lebih murah berbanding harga biasa sebagai contoh timun dijual pada harga hanya RM0.49 sekilo berbanding harga biasa RM1.20 sekilo.

Manakala telur gred B akan dijual pada harga RM4.99 satu tray berbanding harga biasa RM9.50 satu tray, begitu juga dengan anggur merah yang akan dijual pada harga RM9.99 sekilo berbanding harga biasa RM18.00 sekilo.

Lain-lain barangan, kacang panjang akan dijual pada harga RM1.49 sekilo berbanding harga biasa (HB) RM3.50 sekilo, labu putih (RM0.49 sekilo /HB RM1.50 sekilo), ikan sardin (RM3.99 sekilo/HB RM8.00 sekilo) dan ikan tongkol, kembung dan yamma (RM4.99 sekilo/HB RM9.00-RM10.00 sekilo).

Ikan gelongkong dan ikan siakap masing-masing ditawarkan pada harga hanya RM3.49 sekilo dan RM8.99 sekiloa berbanding harga biasa antara RM7.00 hingga RM17.00 sekilo.

Bagaimanapun menurut Edward, pembelian bagi 12 barangan ini adalah terhad kepada satu unit atau sekilo  seorang sahaja.

“Bukan kali ini sahaja, pelbagai promosi harga rendah akan dibuat pada masa yang akan datang  untuk menghargai pelanggan kami di Matang ini.

“Pada hari yang sama, pasar raya Emart turut akan mengadakan promosi jualan sehari  yang menawarkan pelbagai barang pada harga yang rendah.

“Jadi, datanglah beramai-ramai ke pasar raya Emart Matang pada Ahad ini dan dapatkan pelbagai jenis barangan bagi melengkapi sambutan Hari Gawai anda juga Hari Raya yang bakal tiba,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement