Anda di sini

Promosi jualan murah sempena sambutan Hari Gawai, Aidilfitri di Emart

Advertisement

KUCHING: Sempena dengan Hari Gawai yang akan tiba tidak lama lagi, pasar raya Emart kini mengadakan promosi jualan murah sehingga 1 Jun, untuk memberikan peluang kepada para pelanggan membeli-belah bagi menyambut musim perayaan yang menjelang.

Pelbagai jenis produk perayaan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gula-gula, biskut, makanan tin dan minuman ringan yang dijual pada harga yang murah kini sudah boleh didapati di Emart untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Selain itu, pelbagai jenis hamper perayaan Emart yang unik dan cantik juga boleh didapati dengan pelbagai saiz dan mengikut bajet pelanggan.

Di samping itu, Emart juga telah menyediakan sebuah kawasan khas di pusat beli-belah untuk memberikan kemudahan dan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Pelbagai jenis produk perayaan seperti kotak minuman ringan dan barangan keperluan yang beraneka jenis yang dijual dalam harga yang cukup murah dan berpatutan boleh didapati di sini.

Ini untuk memudahkan pelanggan supaya dapat membeli-belah dengan cepat dan tidak perlu beratur panjang ketika membuat pembayaran.

Pelbagai promosi dalaman juga akan diadakan bermula pada minggu ini bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Pasar raya Emart akan beroperasi seperti biasa semasa perayaan Hari Gawai dan cuti umum nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila datang mengunjungi Emart atau melayari laman facebook di www.facebook.com/EmartMY.

Advertisement