Anda di sini

Lagi anggota polis ditahan kerana rasuah

Advertisement
 Suspek dieskot pegawai penguat kuasa SPRM keluar dari kamar perbicaraan Mahkamah Majistret.
DIREMAN: Suspek dieskot pegawai penguat kuasa SPRM keluar dari kamar perbicaraan Mahkamah Majistret.

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis berpangkat koperal Rabu lepas kerana disyaki menerima suapan RM1,000 daripada seorang lelaki yang membuat satu laporan polis.

Suspek berusia 53 tahun itu diberkas di sebuah restoran di Batu Kawa dekat sini kira-kira jam 5.30 petang selepas pengadu membuat laporan.

Semalam suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi permohonan reman tujuh hari dikenakan ke atasnya untuk membawa siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, pengadu seorang ahli perniagaan mahu membuat laporan polis mendakwa perniagaannya diganggu oleh beberapa orang gengster.

Pengadu mendakwa suspek meminta RM1,000 namun dipercayai suspek hanya mendapat RM700 daripada ahli perniagaan itu.

Majistret Zulhairil Sulaiman mengarahkan suspek dihadapkan ke mahkamah pada 1 Jun apabila tempoh reman tamat. Permohonan reman dikemukakan oleh pegawai SPRM Mohd Asri Abu Mansor.

Advertisement