Anda di sini

JPBM terus perluaskan program Bomba Komuniti

Advertisement
 Anggota bomba Lawas bergambar selepas melakukan gotong-royong bersama penduduk.
BERSAMA MASYARAKAT: Anggota bomba Lawas bergambar selepas melakukan gotong-royong bersama penduduk.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon Tujuh Limbang terus mendekatkan hubungan dengan masyarakat setempat dengan memperluaskan program Bomba Komuniti khususnya pada Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Zon Tujuh di Limbang, baru-baru ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata JBPM Zon Tujuh mengadakan hari terbuka bermula 4 hingga 15 Mei lepas dengan mempelawa orang ramai datang

ke balai bomba sekali gus merapatkan hubungan dengan masyarakat.

Pelbagai program diadakan termasuk gotong-royong, derma darah, bacaan tahlil dan Yasin dan sebagainya.

Selain itu pihaknya juga menyasarkan pelaksanaan 10 program Bomba Komuniti

di daerah Limbang terutama di kawasan berisiko termasuk perumahan dan sebagainya pada tahun ini.

Turut sama ialah Ketua Unit Penyiasatan Kebakaran Zon Tujuh Awang Farbu Awang

Abdul Hamid dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem.

Sementara itu di Lawas, Timbalan Penguasa Bomba Limbang Ahmad Naufal Abdullah hadir memeriahkan Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Zon Tujuh di Balai Bomba Lawas.

Hadir sama ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin.

Pelbagai program diadakan termasuk penghargaan kepada Bomba Komuniti, Pasukan Bomba Sukarela, Guru Kadet dan Ahli Teman Pili Bomba.

Turut diadakan ialah aktiviti gotong-royong bersama masyarakat membabitkan Bomba Komuniti Bandar Lawas, RKT Taman RKB Lawas,  Jabatan Perpaduan Lawas dan penduduk RKB Lawas, solat berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil.

 Anggota bomba Limbang mengangkat tangan ketika upacara pembacaan ikrar.
BERIKRAR: Anggota bomba Limbang mengangkat tangan ketika upacara pembacaan ikrar.
  • oleh
  • Advertisement