Anda di sini

Pelbagai aktiviti ceriakan sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Advertisement
 Sebahagian kanak-kanak autisme dan penjaga mereka menyertai acara senaman sebelum upacara perasmian bermula pada paginya.
SENAMAN: Sebahagian kanak-kanak autisme dan penjaga mereka menyertai acara senaman sebelum upacara perasmian bermula pada paginya.
 Dr Zaliha (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Zephyan untuk PDK Gemilang sambil disaksikan oleh Wan Sulaiman (kanan).
SUMBANGAN: Dr Zaliha (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Zephyan untuk PDK Gemilang sambil disaksikan oleh Wan Sulaiman (kanan).

PELBAGAI aktiviti diadakan oleh Pusat Dalam Komuniti (PDK) Gemilang untuk menceriakan golongan autisme sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia di Martabat Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew baru-baru ini.

 Perasmian majlis disempurnakan oleh Penaung PDK Gemilang, Datin Dr Zaliha Abdullah yang merupakan isteri Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur merangkap Menteri Muda Urbanisasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

 Dalam pada itu Pengasas PDK Gemilang, Mohamad Zephyan Nasution Junaidi berkata, sepanjang penubuhan PDK Gemilang sejak tahun 2008 hingga sekarang, permasalahan autisme menjadi satu tanggungjawab pusat itu dalam memberi khidmat pemulihan yang berterusan kepada golongan terbabit.

 “Memberikan terapi selama 45 minit dengan mengenal pasti perilaku, menekan tentang pengurusan diri dan sosial, praakademik berkaitan persediaan awal untuk kemasukan ke pendidikan khas, penekanan kepada alam pekerjaan, penjanaan ekonomi orang kurang upaya (OKU) dan penubuhan kedai OKU Syarifhaikal Collection sebagai projek perintis program penjanaan ekonomi OKU adalah antara inisiatif yang dibuat oleh PDK Gemilang,” jelasnya.

 Katanya, PDK Gemilang telah berjaya menempatkan 16 pelatih ke pendidikan khas sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah perdana seperti kanakkanak biasa dan seorang telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu pembuat roti di sebuah kedai roti di Bintulu melalui program ‘Job Coach’ serta 35 pelatih lagi daripada 54 orang masih dalam proses pemulihan di PDK Gemilang.

 “Justeru PDK Gemilang mengajak masyarakat setempat untuk menerima kehadiran golongan ini tanpa prejudis dan menyokong kempen ‘Kamek Prihatin’ bagi golongan ini dengan mendaftar sebagai ahli sukarelawan PDK Gemilang,” katanya.

 Menjelas lanjut mengenai autisme katanya, ia merupakan gangguan perkembangan saraf yang kompleks dan kesulitan dalam interaksi sosial, komunikasi, perilaku terbatas, berulangulang dan karakter stereotaip.

 Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PDK Gemilang, Wan Sulaiman Wan Maulana; penyelaras Unit OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ibu bapa, ketua masyarakat dan penduduk setempat.

  • oleh
  • Advertisement