Anda di sini

Kemboja: 41 orang maut dipanah petir dalam tempoh 5 bulan

Advertisement

PHNOM PENH: Seramai 41 penduduk Kemboja kebanyakannya di luar bandar maut akibat dipanah petir dalam tempoh lima bulan pertama 2017 berbanding seramai 40 orang bagi tempoh sama tahun lepas, kata seorang jurucakap pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

Sementara itu, seramai 44 orang turut cedera untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sedikit menurun berbanding 48 bagi tempoh sama tahun lepas, kata jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara Keo Vy.

"Kejadian dipanah petir sering berlaku setiap tahun terutamanya semasa musim hujan (Mei hingga Oktober)," katanya kepada Xinhua.

Tambah beliau, bagi mengelakkan bahaya kepada orang ramai, mereka dinasihatkan berada di dalam rumah atau tempat perlindungan semasa hujan. 

Selain kematian akibat bencana kilat, kejadian ribut turut mengorbankan dua nyawa dan mencederakan 35 yang lain dalam tempoh lima bulan pertama 2017, katanya. - BERNAMA

Advertisement