Anda di sini

Mira Filzah promosi produk di MyOnlineShopes

Advertisement
 Arizal (dua kiri), Lin (tiga kiri), Ifa Raziah (empat kiri), Mira serta para kakitangan MyOnlineShopes bergambar kenang-kenangan.
PROMOSI: Arizal (dua kiri), Lin (tiga kiri), Ifa Raziah (empat kiri), Mira serta para kakitangan MyOnlineShopes bergambar kenang-kenangan.

MIRI: Rangkaian premis yang mengkhusus dalam produk kesihatan dan kecantikan MyOnlineShopes, sekali lagi telah menganjurkan sesi temu ramah bersama selebriti kelmarin di Permaisuri Imperial City Mall sini.

Mira Filzah, seorang artis namanya sedang ‘top’ di kaca televisyen berserta hos jemputan Ifa Raziah masing-masing membuat penampilan istimewa mereka sehingga menggamit kehadiran ratusan pengunjung ke pusat beli-belah tersebut.

Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah adalah seorang peragawati, usahawan dan pelakon.

Antara drama yang terkenal hasil lakonan Mira ialah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).

Di samping berlakon, Mira juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri iaitu Miracle Flawless, sebuah produk ‘foundation’ untuk wajah yang tidak berminyak dan memiliki banyak keistimewaannya tersendiri.

Ini termasuklah tahan lebih 8 jam, tekstur yang ringan dan halus, cepat meresap ke kulit, membantu menutup parut jerawat dan cela di muka dan melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Selain itu Miracle Flawless merupakan produk dua dalam satu iaitu foundation dan bedak yang dapat menyerlahkan kulit agar kelihatan gebu dan halus.

Dengan harga mampu milik iaitu RM49, para pelanggan boleh memilih dua variasi warna iatu ‘Natural’ (sesuai untuk kulit sawo matang) dan ‘White Pinky’ (sesuai untuk kulit putih, cerah).

Mira meluangkan masa dua jam pada sesi tersebut bertemu peminat dan juga mempromosikan Miracle Flawless, yang mendapat sambutan meriah di kompleks beli-belah tersebut di mana para peminat mengambil kesempatan bergambar dengan beliau.

Sesi bertemu peminat tersebut turut dihadiri oleh pemilik MyOnlineShopes Nor Azlinawati Rozlan atau lebih mesra dipanggil Lin dan suami beliau Arizal Mahadi.

MyOnlineShopes memiliki tiga premis di Miri iaitu di Permaisuri Imperial City Mall, Emart Tudan dan Myy Mall dan lebih 6,000 ahli buat masa ini, di mana setiap ahli boleh membeli produk pada harga diskaun.

Selain produk kesihatan dan kecantikan, MyOnlineShopes juga menawarkan tudung dan pakaian.

Selain berkunjung ke kedai, para pelanggan boleh memesan dan seterusnya membeli produk-produk yang ada di MyOnlineShopes dengan melawat laman web rasmi iaitu www.myonlineshopes.my atau laman facebook: myonlineshopes.

  • oleh
  • Advertisement