Anda di sini

Masuk bilik dan tembak

Advertisement

KUCHING: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang dipercayai menembak mati seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Kakai, di Serian, dekat sini berjaya ditangkap pada jam 9.35 malam ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek yang memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga itu ditangkap di Pusat Komersil Lee Ling di Matang Jaya.

Menurutnya maklumat awal mendapati suspek masuk ke bilik mangsa sebelum melepaskan satu das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Beliau memberitahu, berdasarkan rekod rasmi polis, suspek tidak pernah berkahwin dengan mangsa seperti maklumat yang ditularkan di media sosial.

"Namun kita tidak tahu jika beliau (suspek) telah berkahwin secara rahsia dengan wanita tersebut,"  katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, gerakan memburu suspek dilancarkan serta merta selepas maklumat berhubung kejadian sekitar 3.15 petang itu diterima.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Siasatan bertumpu terhadap peribadi suspek dan mangsa.

 Penduduk sekitar berkumpul di kawasan kediaman mangsa - Foto media sosial
JADI TUMPUAN: Penduduk sekitar berkumpul di kawasan kediaman mangsa - Foto media sosial
Orang ramai memenuhi kawasan kediaman mangsa di Kampung Kakai, Serian.- Foto media sosial
TEMPAT KEJADIAN: Orang ramai memenuhi kawasan kediaman mangsa di Kampung Kakai, Serian.- Foto media sosial
Advertisement