Anda di sini

Tentera dikerah tangani protes anti-Maduro

Advertisement

Washington desak PBB cegah konflik tatkala angka kematian penunjuk perasaan meningkat kepada 43

 Doktor dan jururawat melaungkan slogan di hadapan anggota Pengawal Negara ketika demonstrasi di Caracas kelmarin. — Gambar AFP
BINGIT: Doktor dan jururawat melaungkan slogan di hadapan anggota Pengawal Negara ketika demonstrasi di Caracas kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Kerajaan Vene-zuela kelmarin berkata ia telah mengerahkan anggota tentera ke sebuah wilayah yang digegarkan oleh keganasan sewaktu tunjuk pera-saan antikerajaan, manakala Washington mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencegah konflik di negara tersebut.

Kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadikan jumlah kematian sebanyak 43 selepas tunjuk perasaan selama berminggu-minggu di Venezuela – satu batu tanda menyedihkan yang menyamai jumlah orang yang terbunuh dalam pergolakan terakhir yang sama pada 2014.

Penjarahan dan serangan ke atas kemudahan keselamatan meletus pada malam kelmarin di negeri Tachira, yang bersempadan dengan Colombia, kata pihak berkuasa.

Jabatan pendakwaan ne-geri berkata dalam Twitter bahawa remaja berkenaan maut “sewaktu demonstrasi” di sana. 

Saya sudah mengarahkan pemindahan 2,000 pengawal dan 600 anggota tentera ope-rasi khas” ke Tachira, kata Menteri Pertahanan Vladimir Padrino Lopez di saluran tele-visyen kerajaan VTV.

Amerika Syarikat (AS) memberi amaran di PBB bahawa krisis semakin buruk di Venezuela dan boleh bertukar menjadi konflik sivil seperti di Syria.

Selepas rundingan Majlis Keselamatan, Duta AS Nikki Haley meminta negara-negara memberi mesej kepada Maduro.

Kita pernah berdepan dengan keadaan ini – dengan Syria, Korea Utara, Sudan Selatan, Burundi, Burma,” katanya kepada pemberita.

Masyarakat antarabangsa perlu berkata ‘hormati hak asasi rakyat anda’ jika tidak ini akan pergi ke arah yang kita sudah lihat dituju oleh begitu banyak negara lain.” 

Beliau terdahulu memberi amaran bahawa Venezuela “berada di ambang krisis kemanusiaan”.

Menteri Pertahanan Brazil Raul Jungmann memberitahu pemberita kelmarin bahawa negaranya sedang membuat pelan kontingensi bagi kemungkinan menghadapi kemasukan pendatang dari Venezuela.

Bagaimanapun Menteri Luar Delcy Rodriguez berkata dalam Twitter bahawa AS mahu menggulingkan kerajaan Venezuela.

AS sudah memaklumkan tentang rancangan yang diketuainya untuk campur tangan di Venezuela,” kata-nya. “Negara lain (di ibu pejabat PBB) menyatakannya dengan lantang dan jelas: Venezuela bukan perkara untuk ditangani PBB.”

Pihak berkuasa menyebut dalam satu laporan kelmarin bahawa di Tachira kira-kira 20 kedai, restoran dan sebuah sekolah dijarah, dua balai polis dibakar dan sebuah pangkalan luar tentera diserang dengan bom api pada malam sebelum itu.

Seorang komander tentera cedera, katanya.

Fernanda Carvalho, 53, memberitahu AFP hampir semua makanan dicuri dari bakerinya di San Cristobal.

Ia rasa seperti dunia saya sedang runtuh. Kerja dan pelaburan selama bertahun-tahun musnah begitu sahaja,” katanya.

Rusuhan meletus di se-luruh negara sewaktu tunjuk perasaan yang marah dengan cara Maduro menangani krisis ekonomi dan politik.

Rusuhan sudah mengorbankan 43 orang sejak 1 April lalu, kata pendakwa raya.

Penunjuk perasaan me-nyalahkan Maduro bagi krisis ekonomi yang telah menyebabkan kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Mereka menuntut pilihan raya awal dan menuduhnya cuba berpaut pada kuasa.

Maduro, yang dipilih pada 2013, menuduh pembangkang merancang untuk me-rampas kuasa daripadanya dengan sokongan AS.

Di PBB, Venezuela ber-ulang kali menolak apa yang ia anggap sebagai campur tangan asing dalam hal ehwalnya.

Venezuela akan menyelesaikan masalah dalamannya sendiri,” kata Duta Rafael Ramirez kepada pemberita selepas mesyuarat. “Kami tidak akan menerima campur tangan.”

Padrino menuduh pembangkang cuba memulakan perang saudara dan mahu “mengubah Venezuela menjadi sebuah lagi negara Syria”.

Kami tidak akan mem-biarkan huru-hara berlaku di tanah air kami,” katanya.

Doktor dan jururawat yang berpakaian serba putih berdemonstrasi di Caracas kelmarin untuk mengecam krisis yang sudah menyebabkan hospital kekurangan bekalan.

Kami tidak mahukan senjata! Kami mahukan ubat-ubatan!” jerit mereka.

Maduro memecat Menteri Kesihatan Antonieta Caporale pada minggu lepas setelah kementeriannya mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan kematian bayi me-lonjak 30 peratus pada tahun lepas. — AFP

Advertisement