Anda di sini

‘Syerif koboi’ berkulit hitam sertai pentadbiran Trump

 Gambar fail 17 Oktober 2016 menunjukkan Clarke           bercakap sewaktu menyokong kempen pilihan raya Trump                    di KI Convention Center di Green Bay, Wisconsin. — Gambar AFP
SOKONG: Gambar fail 17 Oktober 2016 menunjukkan Clarke bercakap sewaktu menyokong kempen pilihan raya Trump di KI Convention Center di Green Bay, Wisconsin. — Gambar AFP

WASHINGTON: David Clarke, syerif berkulit hitam yang memakai topi koboi dan menjadi terkenal kerana menyokong kempen pilihan raya Presiden Donald Trump, kelmarin berkata beliau akan menyertai pentadbiran Trump sebagai seorang penolong setiausaha dalam Jabatan Keselamatan Tanah air.

Clarke memberitahu media di Milwaukee, Wisconsin di mana beliau adalah syerif daerah bahawa beliau akan bekerja dalam Pejabat Kerja-sama dan Hubungan, yang menjadi penghubung dengan badan penguatkuasaan undang-undang tempatan dan negeri.

Jabatan Keselamatan Ta-nah air enggan mengesahkan pelantikan itu, dan hanya menyatakan setiausaha yang membuat pengumuman sedemikian dan belum ada pengumuman sedemikian yang telah dibuat.

Dalam pilihan raya pada tahun lepas ketika masyara-kat umum Afrika Amerika menentang Trump, Clarke, yang kadang-kadang ber-arak di tengah jalan dengan menaiki kuda, mengundang kritikan pedas daripada orang berkulit hitam lain di seluruh negara kerana menyokong Republikan itu.

Namun beliau telah memenangi pemilihan tempatan bagi syerif dengan sokongan mantap daripada masyarakat kulit hitam di Milwaukee.

Dia terkenal kerana pen-diriannya yang tegas mengenai jenayah dan promosi hak memiliki senapang, yang menjadikannya popular di kalangan Republikan.

Namun beliau baru-baru ini menerima kritikan selepas seorang banduan mati akibat penyahhidratan di penjaranya di Milwaukee.

Pada 1 Mei, sebuah juri mengesyorkan agar tujuh pekerja penjara didakwa dalam kes kematian Terrill Thomas, 38, pada April 2016 selepas Thomas tidak diberi air minuman selama seminggu sebagai hukuman.

Media tempatan melaporkan Clarke berang apabila koroner memutuskan bahawa kematian itu adalah satu pembunuhan. — AFP