Anda di sini

PRK Pujut: Calon BN diketahui selepas Gawai

Advertisement
Abang Johari
Abang Johari

KUCHING: Barian Nasional (BN) negeri akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut yang dijadual diadakan pada 4 Julai nanti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, mesyuarat itu dijangka diadakan selepas sambutan Hari Gawai Dayak.

"Kita akan bermesyuarat selepas Gawai untuk memutuskan calon boleh menang yang akan bertanding PRK bagi kerusi DUN Pujut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Rendah Chung Hua Kuching No16 dan Sarawak Club di pejabatnya di Kompleks DUN di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang menetapkan 4 Julai nanti sebagai tarikh PRK DUN Pujut.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 12 Mei lalu.

Keanggotaan beliau dilucutkan selepas usul Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Seri Wong Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.

  • oleh
  • Advertisement