Anda di sini

Penunggang motosikal hampir maut dalam kemalangan

MUKAH: Seorang penunggang motosikal hampir maut apabila hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu melanggar pembahagi jalan masuk ke Stadium Mukah, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 25 tahun dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan mengalami luka dalam mulut akibat kemalangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, mangsa telah dibawa ke Hospital oleh Ambulans.

"Mangsa dikatakan datang dari arah Mukah menuju ke Oya ketika kejadian berlaku," katanya ketika dihubungi semalam.

Keadaan motorsikal mangsa di tempat kejadian.
Keadaan motorsikal mangsa di tempat kejadian.