Anda di sini

Pasukan RWFT, Libra’s FT juarai futsal Piala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Peringkat Bahagian Sibu 2017

Advertisement

SIBU: Pasukan RWFT berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Piala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Peringkat Bahagian Sibu 2017 yang berlangsung 13 dan 14 Mei lepas di Dewan Sukan Bukit Lima.

 Naib johan dimenangi oleh pasukan Desa Satria, diikuti tempat ketiga bersama oleh pasukan Ummi FT dan Mizone FT.

 Dengan kemengan itu, RWFT menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan medal sementara Desa Satria menerima RM700, piala dan medal.

 Pasukan Ummi FT dan Mizone FT pula masingmasing menerima wang tunai RM250 dan piala.

 Sementara bagi kategori wanita, pasukan Libra’s FT berjaya muncul juara diikuti pasukan Matrix FT ditempat kedua.

 Masingmasing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM400, berserta piala dan medal.

 Tempat ketiga bersama kategori wanita dimenangi oleh pasukan Dragon’s FT dan Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR), dengan mas ing-mas ing mener ima RM200 dan piala.

 Kejohanan ini telah disertai seramai 34 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita.

 Majlis perasmian kejohanan telah dilakukan oleh Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee.

 Sementara majlis penyanmpaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Penguasa Pejabat Belia, Sukan dan Solidariti Bahagian Sibu Sibli Yusuf Bajai serta Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu, Halel Ibrahim.

Advertisement