Anda di sini

Mayat lelaki ditemui dihanyut arus deras sg maliau

 Pihak bomba mengangkat mayat mangsa dari tebing sungai sebelum diserah kepada pihak polis.
TRAGEDI: Pihak bomba mengangkat mayat mangsa dari tebing sungai sebelum diserah kepada pihak polis.

BELURAN: Kerana nekad terjun ke sungai kembali mengambil barang miliknya yang dihanyutkan arus air sungai, mangsa akhirnya ditemui mati lemas.

Mangsa, Rahman Zeb, 20, sebelum itu berjaya menyelamatkan diri dengan naik ke tebing Sungai Maliau selepas terjatuh tetapi terjun semula ke sungai bagi mengambil barang miliknya yang hanyut.

Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata mangsa telah dijumpai kira-kira 12.40 tengah hari pada Rabu oleh anggota bomba yang melakukan penyelaman 100 meter bagi mencari mangsa.

Pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku di Meliau Estet IOI Plantation Beluran itu pada jam 8.51 malam Selasa.

Beliau berkata pihaknya yang diketuai Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rantey Fred bersama lapan anggota dari Balai Bomba Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba yang tiba pada jam 11.30 malam telah membuat operasi mencari dan menyelamat sebelum menangguhkan operasi itu pada jam 1 pagi,” katanya.

Anddre berkata operasi yang disambung kelmarin telah berjaya menemui mangsa di dasar sungai berkenaan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.