Anda di sini

Borneo 744 kini dibuka

KUCHING: Borneo 744 yang terletak di Bintawa dipilih sebagai lokasi Bandar Usahawan Lautan Biru (BOET) yang pertama di Malaysia kini sudah dibuka.

Majlis pra pelancaran Borneo 744 sebagai lokasi BOET disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pagi tadi.

Borneo 744 yang mempunyai keluasan 120,000 kaki persegi dibina di bekas tapak bengkel mekanikal Jabatan Kerja Raya, terletak hanya 6.5 kilometer dari pusat bandar.

Inisiatif BOET di Borneo 744 pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2016.

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam memperkukuhkan dan melengkap ekosistem keusahawanan nasional melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Program usahasama antara Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri ini merupakan pemangkin untuk usahawan kreatif dan berpotensi untuk sentiasa berkembang dan maju ke peringkat lebih baik.

Pada masa sama ia mampu untuk menghidupkan semula sektoe perindustrian di Bintawa, Kuching.

Bornei 744 terdiri dari lima blok kreativiti (Blok A, B, C, D dan E) menumpukan kepada lapan sektor atau fungsi utama iaitu keusahawan, seni, persembahan, muzik, seni visual termasuk fotografi, seni kraftangan, festen, filem dan penghasilan 'start up' serta sokongan.

Lebih menarik sempena pra pelancaran itu pagi tadi, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC) Sarawak yang cawangan kedua selepas Lembah Klang di negara ini turut dibuka di Borneo 744.

MAGIC Sarawak menyediakan ruang untuk usahawan bekerja, belajar dan berkembang.

 Borneo 744 yang merupakan Bandar Usahawan Lautan Biru pertama di Malaysia dibuka di Bintawa, Kuching.
KINI DIBUKA: Borneo 744 yang merupakan Bandar Usahawan Lautan Biru pertama di Malaysia dibuka di Bintawa, Kuching.
 Irwan Serigar (tengah) bersama tetamu kehormat lain merasmikan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia.
PUSAT KEDUA DI MALAYSIA: Irwan Serigar (tengah) bersama tetamu kehormat lain merasmikan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia.
 Suasana Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia di Borneo 744, Bintawa Kuching.
RUANG UNTUK USAHAWAN: Suasana Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia di Borneo 744, Bintawa Kuching.
 
 Ruang IT untuk pelajar sekolah turut disediakan.
BANGUN MINDA: Ruang IT untuk pelajar sekolah turut disediakan.